CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 27, 2009

asal keturunan UMAR ABDUL AZIZ

ASSALAMUALAIKUM.....

Saya terpangil untuk menulis blog balik selepas ada sorang member ashik duk suruh aku update ja blog ni.. dah lama usang duk benda yg sama. saja nak share skit2 tentang keperibadian khalifah pada zaman khulafa arrasidin... dulu ada dgar sikit2 ttg beliau ni pastu dgar crita dari mmer skit2 ttg beliau... masa 1st dgar ttg beliau pon dah mula membuatkan saya mengkagumi beliau dengan kehebatan pada zaman pemerintahan beliau pada masa itu...

UMAR BIN ABDUL AZIZ BIN MARWAN merupakan khalifah yang solih dan adil.. ibunya LAILA BINTI ASHIM merupakan cucu kepada khalifah UMAR BIN KHATTAB.. pada saat beliau dilahirkan, bapa beliau ABDUL AZIZ BIN MARWAN merupakan gabenor di mesir pada saat itu...




Pada Zaman pemerintahan Khalifah UMAR AL-KHATTAB R.A, beliau menyusuri jalan2 di kota, Tanpa sengaja, beliau terdengar percakapan antara ibu dan anak perempuannya dari dalam rumah semasa beliau beristirehat...

"Nak, campurkanlah susu yang engkau perah tadi dengan air," kata sang ibu.
"Jangan ibu. Amirul mukminin sudah membuat peraturan untuk tidak menjual susu yang dicampur air," jawab sang anak.
"Tapi banyak orang melakukannya Nak, campurlah sedikit saja. Amirul Mukminin tidak mengetahuinya," kata sang ibu mencuba meyakinkan anaknya.
"Ibu, Amirul Mukminin mungkin tidak mengetahuinya. Tapi, Rab Amirul Mukminin pasti melihatnya," tegas si anak menolak.

Selepas sampai dirumah, dipangil anaknya dan berkata "Wahai Ashim putra Umar bin Khattab. Sesungguhnya tadi malam aku mendengar percakapan istimewa. Pergilah kamu ke rumah si anu dan selidikilah keluarganya."

"Pergi dan temuilah mereka. Lamarlah anak gadisnya itu untuk menjadi isterimu. Aku lihat insyaallah ia akan memberi berkah kepadamu dan anak keturunanmu. Mudah-mudahan pula ia dapat memberi keturunan yang akan menjadi pemimpin bangsa."

Menikahlah Ashim bin Umar bin Khattab dengan anak gadis tersebut. Dari pernikahan ini, Umar bin Khattab dikaruniai cucu perempuan bernama Laila,yang nantinya dikenal dengan Ummi Ashim (merupakan ibu kepada UMAR ABDUL AZIZ) .

Suatu malam setelah itu, Umar bermimpi. Dalam mimpinya dia melihat seorang pemuda dari keturunannya, bernama Umar, dengan kening yang cacat karena luka.Pemuda ini memimpin umat Islam seperti dia memimpin umat Islam. Mimpi ini diceritakan hanya kepada keluarganya saja. Saat Umar meninggal, cerita ini tetap terpendam di antara keluarganya.....

0 comments: